Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Pelawak Wann Wala Terkilan Nama Dikaitkan Dengan Isu Pemerdagangan Manusia

Wann Wala

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang pelawak berusia 40-an telah ditahan oleh pihak polis pagi Ahad lalu kerana dipercayai terlibat dengan pemerdagangan manusia untuk tujuan eksploitasi seks.

Advertisement

Biarpun identiti pelawak itu tidak didedahkan kepada umum, namun ramai orang yang membuat andaian dengan mengaitkan nama pelawak Tauke Jambu dan Shahrul Shiro tetapi dinafikan oleh kedua-dua pihak.

Disebabkan itu, pelawak Wann Wala tak terkecuali menjadi sasaran netizen yang menuduhnya merupakan pelawak yang terlibat dalam kes itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WANNWALA (@wannwala7)

Advertisement

Pelawak Wann berasa terkilan dan membidas tuduhan itu apabila dapat tahu namanya telah dikaitkan sekali dengan isu pemerdagangan manusia yang sedang tular di media sosial.

Alhamdulillah kepada yang bercakap benda ni. Media kalau tak boleh nak beritahu cerita sebenar, janganlah buat isu yang boleh timbulkan fitnah okey

IG Story Wann Wala

Sekadar info, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitendan Amran Mohd. Ghani memaklumkan, pelawak terlibat telah ditahan ketika Ops Pintas dilaksanakan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Daerah sekitar pukul 10 pagi dan serbuan itu, polis merampas sebuah kereta proton Axia, beberapa bungkus kondom, sejumlah wang tunai dan empat telefon pintar.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top