Baru-baru ini, seorang selebriti lelaki telah ditangkap polis selepas disyaki terlibat dalam kegiatan pemerdagangan manusia untuk tujuan seks. Walaubagaimanapun, lelaki itu telah dibebaskan dengan jaminan polis.
Menurut laporan Bernama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Sembilan, ACP Ramlan Abdul Razak mengesahkan sendiri perkara ini ketika dihubungi Bernama.
Kami dah bagi jamin semalam, bagaimanapun kes ini masih dalam siasatan.
Selebriti lelaki yang ditahan pada Ahad lepas kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia, dibebaskan dengan jaminan polis semalam. pic.twitter.com/mtZHW0n3O1
— BERNAMA TV ?? (@BernamaTV) August 4, 2021
Susulan penangkapan pelawak yang berusia 40-an sebelum ini, polis turut menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau di sebuah bilik hotel di Kuala Pilah tempoh hari.
Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007. Jka disabitkan kesalahan, hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan denda akan diperuntukkan.
Lelaki itu juga dikatakan turut dikenakan kompaun atas kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).
Anonymous
August 4, 2021 at 9:20 pm
Siapa tu??????
Bea Alonzo
August 4, 2021 at 6:49 pm
Joey pernah jd Naib Juara Maharaja Lawak Mega ke? Rasa mcm tak pernah
Anonymous
August 4, 2021 at 10:11 pm
Pernah dalam group Joras ..tahun 2016 punya
?
August 4, 2021 at 6:20 pm
pelawak, pernah naib juara, 40an
tokey kata bukan
shahrol kata bukan
joey?