“Pelaku Di Tempat Kejadian Tak Ada Menawarkan Pertolongan..” – Kakak Zaharif Kecewa Pelaku Beredar Tanpa Belas Kasihan

Berita

“Pelaku Di Tempat Kejadian Tak Ada Menawarkan Pertolongan..” – Kakak Zaharif Kecewa Pelaku Beredar Tanpa Belas Kasihan

Susulan berita menyedihkan tentang seorang pelajar yang maut dalam kejadian perlanggaran berdekatan Sekolah Menengah (SMK) Jati, di Ipoh, Perak, pada Jumaat, kakak kepada mangsa Muhammad Zaharif Affendi iaitu Nur Zawani berkata pelaku yang melanggar adiknya itu sama sekali tidak menghulurkan bantuan di tempat kejadian.

Menurutnya ketika dia berada di tempat perlanggaran tersebut, dia mendapat tahu pelaku tersebut merupakan seorang polis apabila si pelaku sendiri mengaku di depan khalayak ramai.

Advertisement

Lelaki tu ada dekat situ, bila dia nampak saya datang, dia mungkin ingat saya jururawat nak bantu mangsa, jadi dia pun pergi.

Pelaku di tempat kejadian tak ada menawarkan pertolongan ke, nak hubungi ambulans ke, nak minta maaf ke nak mengaku salah ke, tak ada.

@buletintv3 “Pelaku ada di tempat kejadian, tidak menawarkan sebarang pertolongan dan tiada permohonan maaf” – Kakak Zaharif #BuletinTV3 #BeritaDiTiktok #PolisLanggarPelajar #KemalanganMaut ♬ original sound – BuletinTV3

Demikian merupakan kenyataan dari kakak kandung kepada mangsa tersebut. Dia dan orang ramai yang ada semasa itu mengakui melihat lelaki (pelaku) berkenaan masih berlegar di tempat kejadian sebelum dirinya beredar setelah melihat Zawani  yang merupakan seorang jururawat tiba di situ.

Terdahulu, Muhammad Zaharif Affendi maut selepas dilanggar sebuah kereta Perodua Ativa dipandu suspek yang juga didakwa pegawai kanan polis di Jalan Taman Jati, dekat Meru, Ipoh pada Jumaat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...