Kes Kematian Kanak-Kanak Autistik Zayn Rayyan Diklasifikasikan Kes Bunuh – KP Selangor

Berita

Kes Kematian Kanak-Kanak Autistik Zayn Rayyan Diklasifikasikan Kes Bunuh – KP Selangor

Media sebentar tadi melaporkan kenyataan terbaru daripada Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar yang memaklumkan bahawa kematian seorang kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang mayatnya ditemui malam tadi di sebuah anak sungai berhampiran Apartmen Idaman, Damansara Damai sebagai kes bunuh.

Maklum Hussein lagi, hasil bedah siasat mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh mangsa di mana pakar forensik menemui kecederaan pada leher dan badan.

Advertisement
Zayn bunuhSumber : Google  

Kita buka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kecederaan dikesan pada leher dan badan.

Terdahulu, Zayn dilaporkan hilang sejak tengah hari kelmarin dan kali terakhir ditemui ketika memasuki kawasan belukar berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya.

Mayat Zayn kemudian ditemui hasil kerjasama 40 anggota polis Petaling Jaya serta 60 wakil penduduk Apartmen Idaman yang melakukan misi pencarian Allahyarham di kawasan sekitar kanak-kanak itu dilihat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

rogol
5 months ago

Kanak-Kanak Berusia 11 Tahun Dir*gol Bergilir-Gilir Oleh 7 Lelaki Berusia 13 Hingga 31 Tahun Yang Juga Rakan Abang Mangsa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Bernama

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...