Kanak-Kanak Berusia 11 Tahun Dir*gol Bergilir-Gilir Oleh 7 Lelaki Berusia 13 Hingga 31 Tahun Yang Juga Rakan Abang Mangsa

Berita

Kanak-Kanak Berusia 11 Tahun Dir*gol Bergilir-Gilir Oleh 7 Lelaki Berusia 13 Hingga 31 Tahun Yang Juga Rakan Abang Mangsa

Memetik laporan Astro Awani, seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun telah dilaporkan dirogol secara bergilir-gilir oleh tujuh orang lelaki yang dipercayai abang mangsa di sebuah kampung di Gerik.

Kejadian yang berlaku pada 3 November lalu itu menyaksikan para pelaku berusia di antara 13 hingga 31 tahun.

Advertisement

Perkara tersebut turut disahkan Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood yang memaklumkan bahawa hasil siasatan awal mendapati kejadian itu turut disaksikan adik mangsa yang berusia 9 tahun.

Pihak polis telah menerima laporan berhubung kejadian keji itu pada Isnin lalu daripada ibu mangsa yang berusia 36 tahun.

Siasatan lanjut mendapati pada 3 November lalu, sekitar jam 2 petang, saksi telah melihat tujuh orang rakan abangnya yang berusia 13 hingga 31 tahun merogol kakaknya di dalam bilik rumah jiran sebelah.

Enam daripada suspek merupakan adik beradik dan seorang lagi rakan mereka.

Saksi juga memberitahu bahawa kejadian itu sudah beberapa kali berlaku terhadap kakaknya yang tidak bersekolah.

Kesemua suspek telah ditahan dan kini direman selama tujuh hari. Ujian air kencing mendapati kesemua suspek negatif dadah dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Siti bainun
6 months ago

"Makin Cantik" - Dari 150Kg Ke 90Kg, Siti Bainun Alami Penurunan Berat Badan Di Penjara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...