Susulan berita menyedihkan tentang seorang pelajar yang maut dalam kejadian perlanggaran berdekatan Sekolah Menengah (SMK) Jati, di Ipoh, Perak, pada Jumaat, kakak kepada mangsa Muhammad Zaharif Affendi iaitu Nur Zawani berkata pelaku yang melanggar adiknya itu sama sekali tidak menghulurkan bantuan di tempat kejadian.
Menurutnya ketika dia berada di tempat perlanggaran tersebut, dia mendapat tahu pelaku tersebut merupakan seorang polis apabila si pelaku sendiri mengaku di depan khalayak ramai.
Lelaki tu ada dekat situ, bila dia nampak saya datang, dia mungkin ingat saya jururawat nak bantu mangsa, jadi dia pun pergi.
Pelaku di tempat kejadian tak ada menawarkan pertolongan ke, nak hubungi ambulans ke, nak minta maaf ke nak mengaku salah ke, tak ada.
@buletintv3 “Pelaku ada di tempat kejadian, tidak menawarkan sebarang pertolongan dan tiada permohonan maaf” – Kakak Zaharif #BuletinTV3 #BeritaDiTiktok #PolisLanggarPelajar #KemalanganMaut ♬ original sound – BuletinTV3
Demikian merupakan kenyataan dari kakak kandung kepada mangsa tersebut. Dia dan orang ramai yang ada semasa itu mengakui melihat lelaki (pelaku) berkenaan masih berlegar di tempat kejadian sebelum dirinya beredar setelah melihat Zawani yang merupakan seorang jururawat tiba di situ.
Terdahulu, Muhammad Zaharif Affendi maut selepas dilanggar sebuah kereta Perodua Ativa dipandu suspek yang juga didakwa pegawai kanan polis di Jalan Taman Jati, dekat Meru, Ipoh pada Jumaat.