Memetik Boom, seorang wanita bergelar isteri pertama kepada seorang usahawan sedang berhempas pulas memperjuangkan haknya setelah suaminya yang bergelar usahawan mengamalkan poligami.
Difahamkan wanita berkenaan bermadukan seorang aktres suam-suam kuku yang juga pernah mencetuskan kontroversi pada suatu ketika dahulu.
Suaminya yang juga ahli korporat itu didakwa sudah mula culas memberikan nafkah kepada isteri pertama dan anak-anak semenjak berkahwin dua.
Malah, segala harta benda yang diberikan si suami perlahan-perlahan ‘ditarik balik’ kononnya pelakon wanita itu yang menghasut agar disekat segala pemberian yang sepatutnya menjadi hak milik isteri pertama.
Pelakon wanita itu juga didakwa menyuruh ahli korporat berkenaan untuk bercerai sahaja dengan isteri pertama selain mengecilkan jumlah saraan yang diberikan kepada madunya itu.