“Kahwin Dua Bercuti Ke Veinna Boleh, Bayar Nafkah Tak Reti!” – Anak Tiri Miera Leyana Bersuara

Hiburan

“Kahwin Dua Bercuti Ke Veinna Boleh, Bayar Nafkah Tak Reti!” – Anak Tiri Miera Leyana Bersuara

Baru-baru ini, nama pelakon Miera Leyana menjadi bualan netizen setelah ‘kantoi’ suaminya, Rosland Othman culas memberi nafkah kepada isteri pertama dan lima orang anak sejak September 2021.

Susulan itu, Rosland bersama isteri pertama gagal mencapai kata sepakat untuk berdamai dan pihak mahkamah telah menetapkan tarikh 2 Mac bagi perbicaraan lanjut.

Advertisement

Terbaharu, tweet seorang pengguna di Twitter yang dipercayai adalah anak hasil perkahwinan Rosland dan isteri pertama, Adibah meluahkan rasa kecewa terhadap bapanya.

Menurut gadis terbabit, disebabkan tindakan Rosland tidak memberi nafkah bertahun-tahun, ibunya kini sedang mendapatkan keadilan melalui proses tuntutan nafkah dan hak anak-anak.

Dalam pada masa yang sama, gadis bernama Izzah itu meluahkan rasa kesal dengan ‘perangai’ bapanya yang merasakan diri sebagai ‘mangsa’ keadaan serta banyak alasan.

Tambahannya lagi, dia hanya mahukan keadilan ditegakkan setelah segala yang dilakukan oleh bapanya kepada ibu serta adik-beradik. Malah sempat meminta orang ramai mendoakan kebenaran berpihak kepada mereka sekeluarga.

suami miera leyana
1 year ago

'Block' Nombor Di WhatsApp, Suami Miera Leyana Didakwa Bertahun Tak Bagi Nafkah Pada Isteri Pertama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...