Sudah lama tidak mendengar khabar seorang selebriti wanita yang namanya cukup gah sebagai pelakon di layar perak sekitar awal tahun 2000.
Turut popular dengan kontroversi, selebriti itu ada saja namun sekejap timbul sekejap tenggelam dalam industri lakonan tempatan, tidak seperti dahulu.
Menurut sumber yang juga kenalan rapat, khabarnya aktres ini ‘sakit’ gara-gara disihir oleh bekas suami sendiri.
Aktres itu akhirnya mengetahui siapakah dalang di sebalik kesakitan yang dialaminya setelah dia mendapatkan rawatan perubatan Islam.
Difahamkan, bekas suami aktres tersebut tergamak berbuat demikian hanya kerana ingin membolot harta si bekas isteri.
Namun tak dapat didedahkan harta jenis apa dan sejauh mana kekayaan dan berhartanya artis wanita berkenaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.