“Kalau Dari Awal Di Pihak Benar, Kenapa Tak Hadir Ke Mahkamah?” – Uqasha Senrose

Hiburan

“Kalau Dari Awal Di Pihak Benar, Kenapa Tak Hadir Ke Mahkamah?” – Uqasha Senrose

Tular sejak semalam mengenai seorang individu yang mendakwa rakannya telah menjadi mangsa buli pelakon Uqasha Senrose ketika zaman persekolahan namun telah menemui ajal pada 31 Oktober lalu.

Beberapa untaian X yang dibuat individu itu seolah-olah menyalahkan Uqasha Senrose di mana dia mendakwa aktres itu telah membuat rakannya menderita sehingga ke akhir hayat.

Advertisement

Malah, individu itu turut dilihat berbalas ciapan di aplikasi X dengan aktres itu di mana Uqasha ada meminta untuk berjumpa empat mata dengan individu tersebut.

uqashaSumber : X  

Maklum dengan isu tersebut, Uqasha yang ditemui media berkata bahawa dia tiada masalah untuk berjumpa keluarga Allahyarham bagi menyelesaikan isu tersebut.

Namun, Uqasha juga berharap agar perkara tersebut tidak dipanjangkan kerana individu itu juga sudah tiada di dunia ini.

Saya boleh sahaja jumpa keluarganya. Sebelum ini lagi saya memang nak berdepan dengan dia (Allahyarham) tetapi dia yang tak mahu. Jadi, tak ada apa yang saya nak komen, arwah pun dah meninggal dunia. Saya pun tak tahu apa yang mereka marahkan lagi dekat saya.

Sebelum ini, Uqasha memaklumkan bahawa dia sudah menggunakan saluran perundangan bagi membuktikan dia tidak bersalah namun Allahyarham tidak hadir ke mahkamah untuk membela diri.

Saya tidak mahu beri komen tentang perkara itu, biarlah mereka, sebab perkara ini memang sudah dibawa ke mahkamah. Dia tidak hadirkan diri untuk membela diri, atas sebab apa saya tidak pasti.

Kalau dari awal dia di pihak benar, kenapa tidak hadir ke mahkamah.

Allahyarham Zawani sebelum ini membuat pengakuan secara terbuka dia pernah menjadi mangsa buli Uqasha ketika di zaman persekolahan mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

buli
6 months ago

"Aku Harap Uqasha 'Happy' Buat Kawan Aku Macam Tu.." - Individu Yang Dikatakan Pernah Dibuli Uqasha Telah Meninggal Dunia, Rakan Arwah Minta Keadilan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...