Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Pelakon Veteran Harun Hashim Diserang Darah Tinggi, Isteri Kanser Otak

Harun Hashim dan isteri

Pelakon veteran, terkenal ketika era 1990-an, Harun Hashim yang ditidurkan sejak beberapa hari yang lalu di sebuah pusat perubatan di Subang, Selangor akibat darah tinggi dikhabarkan sudah sedar.

Advertisement

Berita tersebut telah dikongsikan oleh pelakon, Azhan Rani di Instagramnya dan turut memaklumkan keadaan isteri kepada Harun itu turut ditempatkan di hospital yang sama selepas menjalani pembedahan otak.

Difahamkan mengikut sumber, dia telah ditidurkan dan baru saja sedar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

Sebelum ini, Exco Agama dan Muafakat Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Salman al-Farisi berkongsi hantaran tentang pelakon veteran itu sedang sakit.

Advertisement

Harun, 65, dan isterinya, Sakinah dimasukkan ke pusat perubatan berkenaan sejak empat hari lalu berikutan serangan sakit yang berbeza yang dihadapi oleh mereka.

Harun Hashim dan isteri

Selain Azhan, aktres dan juga penerbit drama, Melissa Saila turut berkongsi keadaan terkini tentang pelakon itu. Menurut penerbit drama Kampung Semarah Padi itu, suaminya Megat Fauzi Md. Isa turut menghubungi Harun untuk bertanya khabar.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top