Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ibu Jatuh Sakit, Achey Sanggup Jual Motosikal Tampung Kos Rawatan

Achey

Pelawak dan pelakon, Achey diuji sekali lagi apabila ibunya, Ngaisah Hassan dilaporkan telah mengalami masalah kesihatan sehingga menyebabkan berat badannya turun mendadak sehingga 20 kilogram.

Achey yang sebelum ini telah kehilangan bapanya pada 19 Mac lalu berkata ibunya itu difahamkan mempunyai beberapa masalah dalaman antaranya, saluran hempedu dan pankreas dan kini sedang dirawat di KPJ Johor Specialist Hospital.

Advertisement

Pemilik nama Mohd Nasir Hamzah turut memaklumkan bahawa ibunya ada mengalami angin dekat ulu hati dan berat badan turun secara mendadak.

“Melihat keadaannya itu, saya bawa mak jumpa pakar melakukan pemeriksaan. TIba-tiba doktor sahkan dia ada kencing manis dan ujian darah pun menunjukkan ada masalah dalaman. Bila scan, ada masalah antara saluran hempedu dan saluran pankreas tapi doktor tak dapat nak sahkan. Sekarang mak di KPJ Johor Bahru untuk jalani pemeriksaan selanjutnya. Sebab di KPJ sahaja ada pakar untuk masalah itu.”

Menerusi Instagram Achey, dia ada memuat naik foto bersama ibu kesayangan di hospital sambil menzahirkan luahan rasa untuk sentiasa berkorban apa saja demi merawat insan tercinta.

Meskipun berasa ralat kerana telah menggunakan wang simpanan untuk mengusahakan perniagaannya kini, Achey menjelaskan bahawa duit simpanan untuk rawatan ibunya masih ada.

Advertisement

“Yang agak merungsingkan saya ketika ini adalah duit simpan saya sudah laburkan sikit untuk perniagaan. Tapi duit simpanan untuk rawatan sekarang masih ada. Kalau selepas ini nampak saya post nak jual motosikal ke, get ready la. Saya akan jual untuk perbelanjaan rawatan selanjutnya..” ujarnya mengakhiri bual bicara.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    June 17, 2021 at 10:43 am

    tah hape2 tah bende cmni pn nk cite.. sok2 kalu mak tu tau x ke terasa die. kalu dh sanggop jual moto diam2 je udah xyah nk canang. tu pahala ko ngn allah

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top