Pelakon Redza Rosli Kini Milik Bella Hanna Dengan Sekali Lafaz

Hiburan

Pelakon Redza Rosli Kini Milik Bella Hanna Dengan Sekali Lafaz

Pelakon Redza Rosli dilaporkan selamat bergelar suami orang kepada aktres dan juga hos program HLive iaitu Bella Hanna sebentar tadi.

Pasangan itu sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz sekitar ham 4.05 petang tadi bertempat di Forest Valley Hall, Cheras, Kuala Lumpur.

Advertisement

Redza dan Bella dinikahkan bapa kepada penganti perempuan dan disaksikan jurunikah Penolong Pendaftaran Perkahwinan Ustaz Mohamad Mustaqim Sarmuji berserta dua orang saksi.

Tampil cantik dan segak dengan busana putih bersih keduanya, majlis yang diraikan secara sederhana namun bermakna itu difahamkan telah dihadiri 300 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga, kenalan dan juga rakan selebritit.

Antara yang dilihat hadir memeriahkan majlis adalah Datin Intan Najuwa, Sweet Qismina, Erysha Emyra, Adam Lee serta Datin Elvina Mohamad.

Redza menyerahkan mas kahwin RM3,00 berserta lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan.

Untuk wang hantaran, pasangan itu memilih untuk merahsiakan jumlahnya.

Sekadar info, Redza dan Bella pernah bergandingan bersama dalam satu drama berjudul Luruhnya Bunga Cinta.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Cef Wan Gavin bekas menantu
6 months ago

Fitnah Bekas Menantu Dengan Dakwaan Gangguan Seksu*l, Cef Wan Diarah Bayar Saman RM150K

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...