Fitnah Bekas Menantu Dengan Dakwaan Gangguan Seksu*l, Cef Wan Diarah Bayar Saman RM150K

Hiburan

Fitnah Bekas Menantu Dengan Dakwaan Gangguan Seksu*l, Cef Wan Diarah Bayar Saman RM150K

Cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Cef Wan dilaporkan dikehendaki membayar RM150,000 kepada bekas menantunya, Gavin Edward O’Luanaigh berhubung kenyataan fitnah sebelum ini.

Cef Wan diperintah bayar saman fitnah RM150K kepada bekas menantu

Panel tiga hakim telah mengarahkan Cef Wan untuk berbuat demikian di mana jumlah itu adalah sebagai ganti rugi am, teruk dan teladan kepada O’Luanaigh dan kos RM40,000 untuk prosiding di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Advertisement

Injuksi secara berkekalan turut dikenakan terhadap Cef Wan di mana dia dilarang untuk menerbitkan kenyataan berbaur fitnah terhadap bekas menantunya itu.

Ketika menyampaikan alasan penghakiman, Hakim mendapati hanatan dalam laman sosial Instagram dan Facebook milik Cef Wan mengandungi kenyataan berunsur fitnah terhadap O’Luanaigh.

Langgar perintah injuksi mahkamah

Cef Wan juga melanggar janji kepada mahkamah untuk tidak menyiarkan kenyataan fitnah terhadap bekas menantunya itu.

Serina dan Gavin bekas suami

Sekadar info, Gavin Edward O’Luanaigh telah memeluk Islam pada 20 November 2006 dan menukar namanya kepada Salahudin Ghaffar.

O’Luanaigh kemudian bernikah dengan anak perempuan Cef Wan, Serina Redzuawan pada tahun 2010 sebelum bercerai tujuh tahun kemudian.

Lelaki asal British itu memfailkan saman pada Februari 2021 dia mana dia mendakwa 8 hantaran media sosial Cef Wan mengandungi fitnah terhadap dirinya dan isterinya sekarang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nedim nazri bercerai Nora Danish
4 weeks ago

"Tiada Yang Berubah, Cuma Dia Bukan Milikku Dalam Islam" - Nedim Nazri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : BERNAMA

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...