October 5th, 2015

Pedas. Pastinya ramai pelakon baru yang akan sentap membaca kenyataan terbaru Sharnaaz Ahmad ini. Namun bagi Abang Nara, apa yang dikatakan oleh pelakon ini memang benar. Kebelakangan ini dunia hiburan tanah air memang dilambakkan dengan pelakon-pelakon baru yang entah dari mana munculnya. Asas lakonan pun tak ada tup-tup boleh jadi heroin drama semata-mata kerana sebab muka cun melecun atau kacak.

sharnaaz ahmad

Baru sahaja mempersoalkan pemberian watak utama kepada pelakon pelapis, Sharnaaz Ahmad tampil memberi sedikit kata-kata pedas buat mereka yang sekadar bergantung pada paras rupa. Kata Sharnaaz:-

Maaf, mungkin apa yang saya luahkan ini agak kasar tetapi ketika ini, saya tidak nampak pelakon pelapis yang mampu melangkah ke depan. Kebanyakan mereka terlalu bergantung kepada paras rupa. Bukan mahu menjatuhkan semangat pelakon baharu, tetapi mereka perlu dididik supaya mengutamakan bakat sebelum dilimpahi populariti.

Mereka perlu melangkah dari bawah, diajar dengan watak sampingan sebleum diberi kepercayaan membawa watak utama. Saya dulu terpaksa melalu pelbagai uji bakat dan berusaha melakukan yang terbaik kerana ingin merebut peluang.

Ketika itu watak besar hanya diberikan kepada pelakon yang sudah mempunyai nama. Layanan seperti itu membuka mata dan membuatkan saya belajar menghormati orang, kerja serta masa. Hanya dengan displin dan setelah mampu berfikir secara matang, baru saya mendapat kepercayaan membawa bawatak utama.

Saya mohon, jangan terlalu mengangkat pelakon baharu kerana apabila dijulang tinggi, mereka akan riak. Disebabkan itu kebanyakan pelakon hari ini lupa untuk memperbaiki bakat dan hanya mengejar populariti. Jangan terlalu cepat bersinar kerana nanti, kerdipan yang pantas itu akan malap sebelum waktunya.

sharnaazPergh!!! Sekali sekala pelakon otai macam Sharnaaz Ahmad berbicara memang bisa!!! Abang Nara sokong 100% apa yang diperkatakan oleh Sharnaaz ini. Kadangkala bila tengok drama tertanya-tanya juga siapa hero dan heroin dalam drama tersebut. Berlakon memang macam kayu tetapi boleh dapat pegang watak utama. Memang nampak sangat harap muka hensem dan wajah jelita semata-mata. Semoga teguran Sharnaaz ini akan membuka mata semua pihak yang terlibat dalam industri lakonan tanah air kita.


Comments are closed.

Loading...