October 5th, 2015

Bermula dengan hanya membawakan watak sampingan serta  sudah menempuh pelbagai dugaan untuk mengukuhkan nama beliau seperti sekarang dalam bidang seni, Sharnaaz Ahmad tidak mungkin akan melupakan setiap detik yang beliau lalui dahulu dan menghargai setiap yang beliau miliki sekarang.

Namun, perjalanan seni untuk pelakon baru kini nampaknya lebih mudah apabila sering mendapat tawaran untuk berlakon sebagai watak utama meskipun kadang-kala bakat yang mereka ada belum diasah dengan secukupnya.

Melihat kepada perkara tersebut, Sharnaaz menasihati agar pelakon baharu mengenali dahulu erita hormat kepada orang lain dan mempunyai disiplin dalam bekerja dan tidak hanya menjual wajah mereka sahaja.

Kalau boleh saya tidak mahu melihat pelakon baru yang hanya bersandarkan pada wajah kacak dan cantik sahaja. Mereka bagaikan arang batu yang perlu digilap untuk bersinar seperti emas. Bagi saya pelakon baru tidak boleh terus diberi tawaran watak utama. Apa yang mereka perlu belajar ialah rasa hormat dan disiplin dalam kerja.

Di lokasi saya tidak ada masalah untuk kongsi pengalaman dengan pelakon baru. Tetapi kalau yang tak mahu dengar cakap, memang susahlah! Jangan bersinar sebelum waktunya.

Cakap Sharnaaz Ahmad itu ada betulnya, banyak juga aktor ataupun aktres baharu yang mempunyai wajah cantik serta kacak diberikan watak utama didalam drama meskipun lakonan mereka masih lagi “kayu”.  Mungkin mereka merasa teruja menjadi hero serta heroin tetapi kenalpasti dahulu mutu lakonan anda.

Sumber Berita : Mangga Online


Comments are closed.

Loading...