Pelakon Drama Bersiri ‘Wednesday’ Didakwa Lakukan Serangan Seksual, Ramai ‘Cancel’ Percy Hynes

Dunia

Pelakon Drama Bersiri ‘Wednesday’ Didakwa Lakukan Serangan Seksual, Ramai ‘Cancel’ Percy Hynes

Nama pelakon Percy Hynes White kini trending di laman Twitter apabila dia berdepan tuduhan melakukan serangan seksual terhadap beberapa orang wanita ketika di zaman persekolahan.

Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Wednesday itu didakwa melakukan perbuatan tersebut ketika menganjurkan sebuah pesta bersama rakan-rakannya.

Advertisement

Percy dikatakan cuba mengambil kesempatan terhadap gadis mabuk yang menghadiri acara berkenaan.

Dia bersama rakan-rakannya mengadakan pesta dengan menjemput beberapa orang gadis yang mereka fikir boleh ambil kesempatan.

Percy menyerang salah seorang gadis mabuk dan cuba merogolnya malah dia juga mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.

Perkara itu didedahkan oleh seorang individu di laman Twitter yang memaklumkan gadis berkenaan juga pernah membuat laporan polis namun tiada tindakan lanjut diambil oleh pihak berkuasa.

Menerusi ciapan tersebut, individu itu turut menulis tanda pagar #cancelpercy sehingga ciapan itu tular dan menarik perhatian orang ramai di laman Twitter.

Bagaimanapun, sehingga kini pelakon berusia 21 tahun itu masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan balas mengenai dakwaan tular tersebut.

Info tambahan, Percy mula meraih populariti menerusi watak Xavier Thorpe dalam drama bersiri Wednesday.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

"Risau Terpesong" - Elfira Loy Tegur Netizen Buat Tarian 'Wednesday'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Pedestrian

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...