Pelajar Pengsan Di Sekolah, Terbongkar Rupanya Jadi Mangsa Lempia Nafsu Bapa Kandung Sejak Darjah 5

Berita

Pelajar Pengsan Di Sekolah, Terbongkar Rupanya Jadi Mangsa Lempia Nafsu Bapa Kandung Sejak Darjah 5

Siapa sangka dengan terjadinya insiden seorang pelajar tingkatan 2 pengsan di sekolah telah membongkarkan perbuatan kejam si bapa ke atas anak kandungannya sendiri.

Baru-baru ini, pelajar perempuan di Kota Bharu difahamkan telah menjadi mangsa rogol oleh bapa kandungnya sejak berumur 11 tahun dan itu merupakan empat tahun lalu.

Advertisement

Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki Harun, pihak mereka menerima laporan daripada guru serta pelajar berkenaan pada jam 11.55 pagi.

Kejadian terbaharu pada 2 pagi semalam yang mana suspek yang berusia 39 tahun memasuki bilik mangsa dan merogolnya.

Suspek yang bekerja sebagai tukang rumah di perkarangan Hospital Tanah Merah telah pun ditahan oleh pihak polis.

Dalam pada itu, difahamkan juga, mangsa menetap bersama suspek dan ibu tiri serta empat saudara tirinya. Suspek turut mengakui telah melepaskan nafsunya terhadap mangsa sebanyak 3 kali sepanjang empat tahun lalu.

Sekadar info, suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam hingga 7 Jun untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan (KK).

3 years ago

Ada Masalah 'Fetish' Kasut, Jurutera Ceroboh Tandas Wanita Dijel 7 Hari Dan Didenda

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...