Ada Masalah ‘Fetish’ Kasut, Jurutera Ceroboh Tandas Wanita Dijel 7 Hari Dan Didenda

Kehidupan

Ada Masalah ‘Fetish’ Kasut, Jurutera Ceroboh Tandas Wanita Dijel 7 Hari Dan Didenda

Manusia lakukan pelbagai perkara bagi memenuhi nafsu walaupun kadang-kadang perkara yang dilakukan tidak boleh diterima akal.

Itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki yang mengakui dirinya menceroboh tandas wanita semata-mata untuk merakam kasut dan muka wanita dari atas.

Advertisement

Apabila ditanya oleh Majistret Nadia Othman mengapa lelaki itu bertindak sedemikian, tertuduh Lai Wah Onn, 26, menerangkan bahawa dia mempunyai masalah ‘fetish’ terhadap kasut wanita.

Gambar Hiasan

Pencerobohan terhadap tandas wanita dikemukakan di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan di mana tertuduh boleh dipenjara maksimum selama enam bulan atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, tertuduh juga dihadapkan dengan pertuduhan kedua di mana dia didakwa menyimpan bahan lucah iaitu video dan didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Memetik laporan Kosmo, kesalahan itu dilakukan di tingkat 10 sebuah bangunan Jalan Sultan Ismail pada pukul 6.15 petang 30 Mei lalu.

Hakim menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari dan denda RM2,000 bagi pertuduhan pertama dan bagi pertuduhan kedua jumlah penjara sama serta denda RM800.

Hukuman yang dijatuhkan dijalankan serentak dan sekiranya tertuduh gagal membayar denda dia boleh dipenjara lagi selama tiga bulan.

Semasa rayuan dijalankan, tertuduh diwakili peguam memohon hukuman denda kerana kesalahan kali pertama dan permintaan untuk meminta rawatan psikitri.

Majistret Nadia memberikan amaran supaya perbuatan tidak diulangi kerana masalah berkenaan dipandang serius oleh mahkamah.

2 years ago

Lelaki Kurang Upaya Kantoi Curi Pakaian Dalam Pelajar Wanita Di Ampaian, Kelam Kabut Lari Bila Ditegur

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...