Gara-gara lantang bersuara mewakili mangsa-mangsa gangguan seksual, segelintir netizen mencadangkan agar penyanyi rap, Caprice untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh Caprice di mana dia memuat naik screenshot mesej diterimanya daripada beberapa individu menerusi Instagram.
Cap tolong bertanding PRU. Kami perlukan leader macam you.”
Tindakan Caprice berkongsi semula kata-kata tersebut di Instagram story mengundang kritikan seorang lelaki yang mengeluarkan kata-kata kesat kepada isterinya pula.
Lelaki tersebut dilihat memerli semula Caprice berkaitan isu isterinya yang tidak menutup aurat, dipercayai susulan kenyataan PU Syed sebelum ini.
Disebabkan itu, Caprice telah memberi amaran kepada individu terbabit dan memintanya untuk meminta maaf kepada isterinya secara bertentangan mata.
Hang ade 24 jam untuk datang depan isteri saya dan minta maaf.”
Bukan itu sahaja, Caprice turut memberi nombor telefon agar dihubungi oleh lelaki berkenaan sekiranya dia sudah dalam perjalanan ke rumahnya untuk meminta maaf.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.