Pekin Ibrahim Anggap Dakwaan Fattah Curang Tuduhan Berat – “Tidak Sekali Pun Saya Nampak Fattah Menggatal Waktu Penggambaran”

Hiburan

Pekin Ibrahim Anggap Dakwaan Fattah Curang Tuduhan Berat – “Tidak Sekali Pun Saya Nampak Fattah Menggatal Waktu Penggambaran”

Menerusi akaun Instagram, Pekin Ibrahim memberi respon tentang dakwaan pelakon, Fattah Amin berlaku curang terhadap bekas isterinya, Fazura yang hangat diperkatakan di media sosial sejak semalam. 

Dalam posting berkenaan, Pekin berkata sepanjang mereka menjalani penggambaran bersama, Fattah tidak pernah bercakap mengenai hal wanita lain melainkan isteri dan anaknya.

Advertisement

Kami luang masa bersama di set penggambaran untuk sebuah filem, tidak sekali pun dia tunjukkan masalah di wajah mahupun bercerita hal peribadi, hanya rindu anak dan isteri yang sering sahaja terkeluar dari mulut Fattah.

pekin

Jauh sekali tuduhan dia ada wanita lain, kami menjalankan penggambaran lama bersama pelakon dari Indonesia, tidak sekali pun saya nampak Fattah menggatal atau bercerita hal wanita. Sampai waktu solat hanya minta rehat untuk tunaikan kewajipan, sebagai kawan saya rasa tuduhan itu berat buat dia.

Pekin turut berkata buat masa sekarang perkara terbaik adalah meminta Fattah Amin untuk kuat menghadapi ujian hidup yang dihadapinya. 

respond pekin

sherry ibrahim titip kata semangat buat fattah
2024-10-07 21:00:10

"Semoga Urusan You, Abdul Fattah Amin Dipermudahkan.." - Sherry Ibrahim Titip Kata Semangat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram