“Semoga Urusan You, Abdul Fattah Amin Dipermudahkan..” – Sherry Ibrahim Titip Kata Semangat

Hiburan

“Semoga Urusan You, Abdul Fattah Amin Dipermudahkan..” – Sherry Ibrahim Titip Kata Semangat

Pelakon Sherry Ibrahim tampil menitipkan kata-kata semangat buat aktor Fattah Amin susulan kes perceraian dengan bekas isterinya, Nur Fazura yang dimuktamadkan pada hari ini.

Sherry dilihat berkongsi perkara itu di Instagram untuk tatapan peminat dan juga khususnya Fattah di mana dia mengharapkan aktor itu terus kuat demi anaknya, Nur Fatima Aisya.

Advertisement

Sherry ibrahim titip kata semangat buat fattah

Tabahkan hati, terima takdir yang telah ditentukan dan bangkit untuk mulakan hidup yang baru. Kuatkan diri demi Fatima, Ibu, Ayah dan adik-adik yang sentiasa ada di sisi.

Perjalanan hidup ini tidak mudah tapi dengan ketabahan, Insyallah ia pasti akan membuka jalan untuk masa depan yang lebih baik. Terus melangkah ke hadapan dan semoga urusan you, Abdul Fattah Amin dipermudahkan.

Terdahulu, Sherry dan Fattah pernah menyulam kasih pada tahun 2014 sebelum berpisah pada tahun 2016.

Fattah Amin dan Fazura bersepakat untuk bercerai setelah 7 tahun berumah tangga pada tangga 7 Oktober 2024.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

fattah masih sayangkan fazura
1 month ago

Masih Nak Berbaik Atau Tidak, Ini Jawapan Fattah - "Saya Sayangkan Dia Sebagai Seorang Insan Yang Pernah Hadir Dalam Hidup.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...