Pekerja Wanita Trauma Tangan Dijilat ‘Abang Askar’

Trending

Pekerja Wanita Trauma Tangan Dijilat ‘Abang Askar’

Seperti yang kita tahu, berita melibatkan kesalahan seksual selalu saja kita dengar dan sering menjadi topik hangat dalam kalangan masyarakat. Tidak dinafikan, mangsa kesalahan seksual ini sering mengalami kesan sampingan trauma, baik dari segi fizikal mahupun mental.

Disebabkan itu, kesedaran masyarakat tentang kesalahan seksual adalah penting terutamanya apabila kesalahan ini lebih kerap dilakukan oleh sesetengah individu sejak kebelakangan ini. Di Malaysia, terdapat banyak kesalahan seksual yang diakui undang-undang.

Advertisement

3 years ago

Pengamal Perubatan Dituduh Cabul Remaja 15 Tahun

Setiap kesalahan tersebut mempunyai unsur-unsurnya sendiri dan dikenakan tahap hukuman yang berbeza bergantung pada darjah kesalahannya. Antara contoh kesalahan seksual ini adalah seperti perbuatan mengintai, cabul dan rogol atau serangan seksual.

Seorang pekerja wanita di sebuah kedai vape trauma dicabul ‘abang askar’

Menurut laporan Harian Metro, seorang pekerja wanita sebuah kedai vape di Taman Keramat, Ampang trauma selepas menjadi mangsa cabul lelaki memakai pakaian seragam tentera tengah hari semalam.

Dalam kejadian pada 1 tengah hari itu, mangsa berusia 18 tahun didatangi suspek yang ingin membeli barangan vape sebelum dia keluar selepas selesai melakukan urusan itu.

Memetik kata-kata daripada Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, suspek selepas itu masuk semula ke dalam kedai tersebut dan memberitahu yang pod vape dibelinya tidak berfungsi.

Mangsa kemudiannya memeriksa pod tersebut dan menggantikan dengan yang baru. Ketika mangsa menyerahkan pod vape terbabit, suspek telah bertindak untuk mengambil kesempatan dengan memegang tangan mangsa serta turut menjilat tangan mangsa.

Selepas mangsa beritahu ada kamera litar tertutup (CCTV), suspek terus melepaskan tangan mangsa dan beredar dari tempat kejadian.

Pekerja wanita trauma tangan dijilat abang askar

Sumber Harian Metro

Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata lagi, siasatan diteruskan dan usaha untuk mendapatkan butiran peribadi serta mengesan suspek sedang dijalankan. kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu cabul.

Menurut beliau lagi, orang awam yang memiliki maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Siti Zaleha Abdullah ditalian 03 42897222 atau balai polis berhampiran.

Apa-apa pun, kita perlulah sentiasa berjaga-jaga dan berwaspada apabila berhadapan dengan orang yang tidak dikenali dalam apa jua situasi sekalipun, lebih-lebih lagi bagi kaum wanita.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...