Pengamal Perubatan Dituduh Cabul Remaja 15 Tahun

Trending

Pengamal Perubatan Dituduh Cabul Remaja 15 Tahun

Baru-baru ini tersebar video yang menunjukkan seorang pengamal perubatan Islam telah dipukul beberapa pengamal lain akibat dituduh menjalankan rawatan yang salah. Dia yang lebam di mata kiri serta calar di muka membuat laporan polis.

4 bulan lalu

Mak Tuduh Adik-Beradik Sihir Anak, Rupanya Mak Pun Main Sihir Juga

Advertisement

Bagaimanapun, pihak polis telah menerima satu lagi laporan polis yang mendakwa pengamal perubatan yang sama telah disyaki mencabul remaja perempuan ketika melakukan rawatan.

pengamal perubatan

Mangsa berusia 15 tahun ini mengadu kepada ibunya bahawa dia telah dipegang dan diraba seluruh badan ketika suspek melakukan rawatan di dalam bilik. Keluarga mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kubang Kerian tengah semalam.

“Kejadian berlaku pada jam 11 pagi, 2 Ogos lalu, mangsa menjalani rawatan tradisional oleh suspek yang dipanggil ‘ustaz’ di rumah di Pasir Tumboh.” – Kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat.

Pihak polis turut mendapati mangsa memang kerap menerima gangguan makhluk halus dan mengalami masalah histeria. Disebabkan itu keluarga mangsa memanggil lelaki berusia 39 tahun yang berasal dari Perli untuk melakukan rawatan tradisional.

Advertisement

Suspek bagaimanapun difahamkan masih menerima rawatan di hospital dan akan dipanggil pihak polis untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 14(1) (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...