Pekerja Swasta Hilang RM13,000 Hanya Untuk Khidmat Seks

Kehidupan

Pekerja Swasta Hilang RM13,000 Hanya Untuk Khidmat Seks

Disebabkan ramai mengeluarkan simpanan KWSP melalui program kerajaan untuk meringankan beban rakyat, ada banyak pengeluar yang akhirnya berputih mata ditipu scammer. Sebab itu kita perlu berhati-hati jika menerima panggilan tidak dikenali dan elak kongsikan maklumat peribadi. Tapi apa cerita pula khidmat seks sampai RM13,000?

4 years ago

Wanita Ini Dedah Taktik 'Scammer' Memperdaya Orang Ramai, Salah Satunya Melalui 'Coaching Class'

Advertisement

Inilah apa yang terjadi kepada seorang pekerja swasta apabila terlalu mengikut nafsu dan akhirnya berputih mata. Memetik laporan Harian Metro, mangsa mengalami kerugian sebanyak RM13,000 semata-mata ingin mendapatkan perkhidmatan seks dengan seorang wanita.

Mangsa dikatakan baru sahaja mengenali wanita itu di aplikasi Line dan mengikuti segala arahan yang diberikan wanita terbabit.

“Agen itu meminta mangsa membuat pembayaran melalui tambah nilai dikenali ‘Razer Gold’ di kedai serbaneka berhampiran dan dijanjikan akan menerima khidmat seks di sebuah kondominium di kawasan Raja Uda.”

“Mangsa membuat bayaran secara berperingkat sehingga berjumlah RM13,300 dan menyerahkan nombor pin tambah nilai berkenaan kepada agen terbabit.” – Kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor.

Mangsa kemudian membuat laporan polis sebaik sahaja menyedari dia telah ditipu. Ini selepas dia gagal menghubungi agen terbabit sebaik sahaja selesai melakukan pembayaran.

Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Disebabkan itu, jangan mudah percaya dengan sebarang tawaran dari orang yang baru dikenali. Sindiket penipuan seperti ini memang akan menggunakan segala peluang yang ada demi mengaut keuntungan.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...