Wanita Ini Dedah Taktik ‘Scammer’ Memperdaya Orang Ramai, Salah Satunya Melalui ‘Coaching Class’

Kehidupan

Wanita Ini Dedah Taktik ‘Scammer’ Memperdaya Orang Ramai, Salah Satunya Melalui ‘Coaching Class’

Pasti ramai yang ingin mencari jalan supaya boleh bergelar jutawan. Multi-level marketing (MLM) merupakan salah satu cara yang dilakukan oleh segelintir individu untuk bergelar jutawan namun sudah ramai yang tahu bagaimana cara dan taktik yang digunakan. Jadi, tidak ramai yang terjebak untuk mengikuti cara seperti ini.

Namun, terdapat lagi salah satu cara yang digunakan supaya boleh memperoleh wang ringgit dalam masa yang singkat iaitu melalui kelas bimbingan ataupun coaching class yang tengah popular sekarang. Bagaimana coaching class menjadi salah satu cara supaya menjadi jutawan dalam masa yang singkat?

Advertisement

Seorang pengguna Facebook mendedahkan bagaimana segelintir individu terpedaya untuk menjadi seorang jutawan melalui coaching class.

Seperti sudah sedia maklum, ramai individu bakal mengikuti coaching class lebih-lebih lagi bertujuan untuk menceburi dalam bidang perniagaan. Perkara pertama yang dilakukan oleh scammer ialah membuat penilaian. Golongan ini akan cuba untuk downgrade kan pekerja-pekerja segelintir indivivu di dalam satu syarikat dan menyebabkan mereka akan mula patah semangat.

Mereka juga akan ‘memancing’ supaya ramai individu yang memasuki kelas bimbingan mereka dengan tawaran harga yuran kelas yang rendah. Sebagai contoh, dengan yuran RM 30 sudah boleh menyertai coaching class yang ditawarkan.

Gambar Hiasan

Seterusnya, golongan ini akan ‘mengusik’ mental para peserta dengan bertanya apa alasan mahu menjadi jutawan. Proses bermula daripada hidup dalam kesusahan sehingga menjadi kaya akan ditunjukkan untuk mempengaruhi para peserta. Jadi, mental mereka sudah mula terusik seakan-akan para peserta sudah mengenali mereka dengan dekat.

Apabila para peserta sudah mula memberi respon, mereka akan mula mengajar cara-cara untuk menjadi jutawan dalam taktik pemasaran. Contohnya, mereka akan mengajar sedikit saja cara-cara untuk membuat facebook ads walhal cara-cara tersebut boleh didapati sepenuhnya secara percuma di laman Youtube. Jadi, para peserta akan lebih yakin dan kagum dengan tips yang disampaikan dalam coaching class.

Gambar Hiasan

Sesudah lebih ramai lagi peserta yang yakin dengan tips-tips diberikan, perkongsian testimoni daripada beberapa individu akan dikongsikan kepada peserta baharu supaya lebih yakin dengan coaching class yang disertai. Individu yang memberi testimoni turut mengambil peranan untuk menyakinkan lagi golongan-golongan baharu dalam coaching class.

Saat yang ditunggu iaitu dengan mempengaruhi peserta-peserta untuk menyertai kelas premium. Sebagai contoh, harga kelas premium iaitu sebanyak RM 40,000 tetapi dikurangkan menjadi RM 20,000.

Scammer akan cuba untuk ‘pancing’ seakan-akan mengajar sepenuhnya cara untuk mendapatkan RM 1 Juta pertama dalam hidup. Mereka akan membandingkan dengan nilai RM 20,000 untuk simpanan atau RM 1 Juta yang bakal diperoleh atas bantuan mereka.

Dalam hal ini, scammer boleh memperoleh keuntungan dalam masa yang singkat kerana ramai individu yang menyertai kelas premium yang diadakan.

Sekiranya para peserta gagal dan beranggapan tips-tips yang diberikan tidak menjadi, scammer akan sedaya upaya mencari kesalahan dan kelemahan peserta dan mengatakan apa yang mereka ajar semuanya betul. Ini juga akan mengambil peluang kepada mereka untuk mencadangkan peserta masuk ke kelas pengurusan dengan mengatakan peserta belum mahir bahagian tersebut.

Gambar Hiasan

Di sini, mereka akan cuba sekali lagi ‘mengusik’ mental para peserta dengan mengatakan jika ingin memperoleh kekayaan, peserta perlu menerima teguran dan membuang ego. Jadi apabila peserta mula terpengaruh, peserta akan mula menyertai kelas pengurusan seperti yang dicadangkan.

Modal yuran juga akan dikeluarkan untuk mengikuti kelas tersebut dan akhirnya para peserta hanya mampu melihat orang-orang yang ‘membimbing’ mereka yang memperoleh kekayaan kerana modal wang sudah habis menyertai coaching class.

Orang ramai perlu peka bagaimana taktik scammer pada masa kini boleh mempengaruhi segelintir untuk menjadi kaya dengan taktik yang mereka gunakan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...