Pekerja Pertahankan Kieda, Mohon Orang Ramai Batalkan Niat Boikot – “Jangan Sekat Tempat Kerja Kami..”

Trending

Pekerja Pertahankan Kieda, Mohon Orang Ramai Batalkan Niat Boikot – “Jangan Sekat Tempat Kerja Kami..”

Baru-baru ini, seorang wanita yang mengaku pekerja kepada pempengaruh dan usahawan terkenal, Kieda Crepe meminta orang ramai untuk membatalkan niat mahu memboikot perniagaan majikannya.

Menerusi satu hantaran di TikTok, wanita yang dikenali sebagai Alya Azmri berkata, perniagaan yang diusahakan oleh Kieda itu merupakan tempatnya mencari rezeki bagi menyara keluarga.

Advertisement

kieda crepe

Katanya, jika orang ramai memboikot perniagaan itu, dia dan pekerja lain akan kehilangan punca pendapatan.

Jangan sekat tempat kerja kami (pekerja) cari rezeki. Kami ada yang cari rezeki untuk keluarga, ada yang nak simpan duit untuk kahwin dan ada yang simpan untuk diri sendiri.

Menjengah ke ruangan kapsyen, wanita itu menegaskan bahawa dia akan sentiasa menyokong Kieda walau apa jua ujian yang menimpa usahawan itu.

Kami akan sentiasa ada dengan Kieda.

@alyxzmri kami ada dengan kak @KiedaCrepeHouse @KIEDACREPETOUR @KC CREPE PENANG @AMY KIEDA MERCHANDISE ♬ suara asli – maikelasiang

Menerusi ruangan komen, rata-rata orang ramai meminta agar mereka menasihati Kieda supaya menjaga perilakunya. Malah, ada juga yang meminta agar mereka mencari pekerjaan lain.

staff kieda minta orang ramai cancel boikot staff kieda minta orang ramai cancel boikot

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

kieda crepe
33 mins ago

"Mana Mungkin Aku Mengaibkan Suami Ku, Ada Yang Melawak Kasar Lagi Teruk Tapi Tak Jadi Tumpuan" - Kieda Crepe

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...