“Mana Mungkin Aku Mengaibkan Suami Ku, Ada Yang Melawak Kasar Lagi Teruk Tapi Tak Jadi Tumpuan” – Kieda Crepe

Trending

“Mana Mungkin Aku Mengaibkan Suami Ku, Ada Yang Melawak Kasar Lagi Teruk Tapi Tak Jadi Tumpuan” – Kieda Crepe

Boleh dikatakan gurauan ‘telur masam’ yang dikeluarkan oleh pempengaruh serta usahawan dessert sensasi, Kieda Crepe menjadi perhatian ramai, malah membuatkan dirinya teruk dikecam warganet.

Susulan gurauan sedemikian, ramai yang merasakan Kieda seolah-olah menjatuhkan air muka suaminya apabila membuat jenaka mengenai ‘telur masam’.

Advertisement

instagram story kieda crepe

Tidak mendiamkan diri, Kieda tampil membuat posting di Instagram Story dengan menafikan tuduhan ramai dan dia sama sekali tidak mempunyai niat untuk mengaibkan suaminya yang sudah bersama-sama melalui fasa susah serta senang.

Jauh dah aku melangkah, takkan aku nak down teruk sebab fitrah dunia. Aku ada susah senang dia, aku sangat hormat dia.. Dia suamiku, syurga.

instagram story kieda crepe

Namun begitu, sedar mengenai kekhilafan diri, Kieda memohon maaf secara umum dan segala ujian yang sedang dihadapi sekarang ini, dia meletakkan pergantungan kepada Allah SWT.

dr say ulas penyakit herpes
2025-06-24 13:46:13

"Adab & Ilmu Kena Seiring.. Kalau Isteri Berseloroh Buat Video Cakap Telur Masam, Saya Malu & Jatuh Air Muka" - Dr Say

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram