Pekerja McD Raih Tumpuan, Menari Hiburkan Anak Pelanggan

Trending

Pekerja McD Raih Tumpuan, Menari Hiburkan Anak Pelanggan

Dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berjalan ini, perniagaan makanan dan minuman (F&B) di seluruh negara termasuklah rangkaian makanan segera dengan nama besar seperti McDonald’s (McD) semakin beransur pulih dengan kelonggaran yang diberikan untuk membuka premis makanan.

Premis makanan boleh dibuka seperti biasa namun perlu patuhi standard operating procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu pelanggan tidak boleh dine in dan hanya boleh beroperasi menggunakan cara drive thru serta servis penghantar makanan.

Advertisement

3 years ago

Gelagat Spontan Pemuda 'Hitam Manis' Curi Perhatian Netizen

Memandangkan semua premis makanan masih tidak membenarkan pelanggan untuk dine in, kita digalakkan untuk menunggu makanan hanya di dalam kereta terutamanya bagi restoran makanan segera yang memerlukan pekerja mereka menghantar pesanan makanan terus kepada kereta pelanggan.

Pelanggan dan anaknya terhibur ketika pesanan makanan di hantar ke kereta

Tular baru-baru ini di laman TikTok, sebuah perkongsian video oleh pengguna bernama asteroid.j yang memaparkan gelagat anak perempuannya sedang seronok menari di dalam kereta sementara mereka menunggu pesanan makanan mereka sampai.

Lebih menghiburkan apabila kemudiannya pekerja McD yang ditugaskan untuk menghantar pesanan makanan tersebut bertindak untuk turut ikut serta menari bersama kanak-kanak perempuan itu gara-gara terdengar lagu yang dipasang di dalam kereta.

Tindakan pekerja McD tersebut secara tidak langsung telah berjaya menghiburkan kanak-kanak perempuan itu. Bukan setakat budak itu sahaja yang terhibur, ibunya juga turut terhibur sehinggakan dia ketawa tidak kering gusi.

Gelagat pekerja McD berkenaan cukup menghiburkan dan berjaya mencuri perhatian ramai netizen yang menonton perkongsian video tersebut.

“Amboi adik dengan abang McD sama-sama naik berjoget, terbaik la”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah berjaya mendapat sebanyak 750.3 ribu tontonan, 87.4 ribu like dan 1.7 ribu komen. Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat yang ditunjukkan oleh pekerja McD tersebut.

Lebih melucukan, ada juga yang mengatakan niat pekerja McD tersebut hendak menghiburkan budak perempuan itu tetapi tidak sangka mak kepada budak perempuan itu juga turut terhibur.

Komen di tiktok tentang pekerja McD menari

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Komen di tiktok tentang pekerja McD yang menari

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Namun, lebih ramai yang menyuruh orang ramai untuk mencari pekerja McD tersebut dan mengatakan yang dia mungkin akan viral juga tidak lama lagi sama seperti pemuda hitam manis yang viral sebelum ini.

Apa-apa pun, tindakan pekerja McD itu layak diberi pujian kerana memberikan layanan yang baik terhadap pelanggan. Lepas ini, boleh jadi makin ramai lah pekerja McD yang menari ketika menghantar pesanan makanan.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...