Tular sebuah hantaran di Facebook semalam apabila seorang individu sempat merakam gelagat penunggang motosikal yang tersangkut di laluan tol Touch n Go.
Dua orang penunggang motosikal itu dilihat tidak dapat meneruskan perjalanan gara-gara dihalang palang tol berkenaan.
Dalam hantaran tersebut, seorang daripadanya ada membuat cubaan untuk melalui palang tersebut dengan merendahkan motosikalnya namun gagal.
Happened today at Duke Highway
Xtau nakk cakap …. But such brainless people indeed … Tau lorong TnGo, nakkkk masukkk jgkkk pastuu sound aq tukk bukak palang ?? mmng Xde laa broo …. pic.twitter.com/8PzASOE0T2— twt cctv (@twtcctv) June 8, 2022
Terperangkap dengan situasi tersebut, pemandu kereta di belakang dua orang penunggang motosikal itu terus membunyikan hon dan menyuruh mereka ke tepi namun digertak pula. Eh!
‘Mind-blown’ dengan tindakan tersebut, rata-rata netizen menerusi bahagian komen menganggap penunggang motosikal tersebut sebagai menyusahkan orang lain dengan sikap mementingkan diri mereka.
Ada juga yang menganggap kedua-dua individu tersebut ingin mengelak daripada ditahan polis trafik yang mungkin menjalankan operasi di hadapan jalan.
“Banyak kes macam ni kat tol. PDRM dah kena letak polis trafik kat setiap tol. Senang saman terus. Hidup menyusahkan orang.” komen seorang netizen.