(VIDEO) “Malaikat Maut Challenge” – Remaja Mati Setelah Dilanggar Lori Akibat Terpengaruh Cabaran TikTok

Kehidupan

(VIDEO) “Malaikat Maut Challenge” – Remaja Mati Setelah Dilanggar Lori Akibat Terpengaruh Cabaran TikTok

Gara-gara terpengaruh dengan cabaran TikTok, seorang remaja dilaporkan menemui ajal setelah dilanggar oleh kenderaan berat yang masih bergerak laju di atas jalan raya.

Insiden tragis itu difahamkan berlaku di Indonesia dan cabaran tersebut dikenali sebagai ‘Malaikat Maut Challenge’ dan tular di aplikasi TikTok.

Advertisement

Cabaran itu memerlukan seseorang untuk melompat dan ‘menahan’ kenderaan yang bergerak di atas jalan raya.

Dalam sebuah video yang menjadi tular itu, 3 orang remaja dilihat sedang melakukan cabaran tersebut dan seorang daripadanya gagal menyelamatkan diri sekaligus dilanggar lori tersebut.

Dan remaja itu dilaporkan meninggal dunia akibat cedera parah akibat impak perlanggaran tersebut.

indonesia malaikat maut challengeSumber : Google  

Lapor CNN Indonesia, kejadian tersebut bukanlah kali pertama berlaku dan sebenarnya sudah ramai yang kehilangan nyawa hanya kerana ingin menyertai cabaran TikTok tersebut.

Allahuakbar, semoga kita dijauhi daripada melakukan perkara yang sia-sia.

nasi lemak tahi ikan bilis
2 years ago

"Tergamak.."- Beli Nasi Lemak RM1 Dapat Lauk Tahi Ikan Bilis, Wanita Luah Rasa Jijik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...