Baru-baru ini tular di aplikasi Twitter, video memaparkan seorang lelaki yang dilihat sedang berada di laluan drive-thru McDonalds untuk memesan makanan.
Menerusi video tersebut, pada mulanya lelaki berkenaan dilihat hanya memesan makanan seperti biasa dan tiada apa-apa yang berlaku.
Namun, apabila pekerja yang bertugas ketika itu bertanyakan soalan bagi memastikan pesanan yang diambil betul, lelaki berkenaan mula ‘naik angin’ dan memarahi pekerja tersebut.
Saya dah cakap 3 (ketul ayam) tadi kan? set saya cakap! pekak ke apa kau ni? Lain kali cakap dengan customer tu elok-elok sikit.
Difahamkan, video berkenaan telah dirakam dan dimuat naik oleh lelaki itu sendiri di laman TikTok miliknya, namun telah dipadam sejurus menerima kecaman orang ramai.
Sumpah aku panas hati tengok si pondan hauk ni maki maki cashier mcd. His defense was cashier tu tanya balik nak berapa pcs???? Dengan staff marhaen kau berani lah tunjuk power eh, ke sebab tengah record??? pic.twitter.com/y7zODeN6Da
— Gojo Sexy Satoru’s Wife (@elorakdshn) January 28, 2022
Tindakan lelaki berkenaan yang disifatkan marah ‘tak tentu pasal’ telah menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai yang berang dengan sikapnya yang kurang adab terhadap pekerja tersebut.
“Orang macam ni report je terus. Fikir diorang boleh dapat populariti percuma dengan jadi kurang ajar,” tulis seorang netizen.
“Ni lah nasib orang kerja dalam customer service. Dapat yang sorang macam ni terus tak ada mood dah weh,” tulis seorang lagi pengguna Twitter.