Beli McDonald’s Naik Kuda, Netizen Persoal Najis Di Laluan ‘Drive-Thru’ Siapa Yang Bersihkan

Berita

Beli McDonald’s Naik Kuda, Netizen Persoal Najis Di Laluan ‘Drive-Thru’ Siapa Yang Bersihkan

Baru-baru ini tular di media sosial, Twitter mengenai sekumpulan penunggang kuda yang menggunakan drive-thru McDonalds di Cyberjaya, untuk membeli makanan disana.

Pada mulanya ramai yang menganggap orang-orang yang menaiki kuda itu merupakan gologan ‘kayangan’ yang hanya ingin menunjuk-nunjuk, namun terdapat seorang pengguna Twitter menjelaskan bahawa mereka itu merupakan penjaga kuda-kuda tersebut dan hanya membawa kuda-kuda itu bersiar sahaja.

Advertisement

Bagaimanapun, apa yang membuatkan ramai tertarik dengan gambar-gambar tersebut bukan kumpulan itu tetapi mereka mempersoalkan siapakah yang akan membersihkan najis-najis yang ditinggalkan oleh kuda-kuda tersebut di laluan drive-thru itu.

Najis kuda di drive-thru McD CyberjayaSumber : Twitter 

Oleh kerana banyak pengguna yang menanyakan soalan sedemikian, pengguna @Twt_Cyberjaya berkongsikan sebuah foto yang memaparkan seorang saksi yang berada di kawasan tersebut semasa ia berlaku berkata dia melihat sendiri pihak yang mengikuti penaiki kuda dari belakang itu sendiri yang mengemas najis-najis tersebut.

Najis kuda di drive-thru McD CyberjayaSumber : Twitter 

Dalam pada itu, ada juga pengguna yang mempersoalkan hal lain mengenai penunggang kuda tersebut melanggar SOP yang telah ditetapkan dengan tidak memakai pelitup muka.

Selain itu, kami kongsikan beberapa artikel yang trending pada pautan di bawah.

Durian Kimchi
2 years ago

"Isteri Saya Masuk Islam Bukan Kaum.." Maryam You Narae Dipaksa Berpantang Ikut Adat Melayu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...