Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Peka Kes COVID-19 Meningkat, Neelofa Sumbang 15 Katil Elektronik Di Hospital Melaka

neelofa

Sedia maklum, penularan kes COVID-19 meningkat dari hari ke hari dan ia membuatkan kadar penggunaan katil untuk pesakit COVID-19 juga turut meningkat daripada 96 peratus pada 24 Mei hingga 104 peratus pada 6 Jun lalu.

Advertisement

Selebriti sensasi, Neelofa difahamkan telah menghulurkan bantuan buat pesakit COVID-19 di Hospital Melaka baru-baru ini dengan menyumbangkan 15 buah katil elektronik pada pihak hospital itu dan hal ini dikongsikan oleh seorang doktor pakar perubatan di hospital tersebut.

Alhamdulillah.. terima kasih tidak terhingga kepada Puan Neelofa atas sumbangan katil elektronik untuk kegunaan pesakit COVID di Hospital Melaka. Semoga Allah mengganjari amal jariah ini dengan pahala dan kebaikan di dunia dan akhirat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Neelofa atau nama sebenar Noor Neelofa Mohd. Noor turut memberikan respon like pada hantaran tersebut bersama-sama dengan kakaknya Noor Nabila dan terlihat doktor tersebut menandai akaun rasmi Neelofa di dalam hantaran tersebut.

Advertisement
neelofaSumber : Kool FM  

 

Sumbangan yang dilakukan oleh bekas pengacara MeleTop itu dianggap mulia dan perkara itu amat diperlukan dalam keadaan negara kita sekarang ini.

SUMBER : Kool FM
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. Semeon

    June 12, 2021 at 9:26 pm

    Backup jangan x backup Asiah oi. So maksudnya oghang derma sebab Neelofa? Pekehel..nak derma x kisah la tabung tu nama neelopak ke, bapak fund ke, apa-apa fund jer la, kalau nak derma tu, bukan derma kerana Allah ke? Yang si Anon tu tanya, kenapa x mention sumbangan org ramai, kalau memang fund ni dtg dr org ramai. Kalau dah sah-sah duit Neelopa sorang, x de hal jer pon.nak bgtau di bawah pengurusan neelofa pon x salah, tapi cakap la jugak atas sumbangan org ramai.kalau memang duit dia total, so xpe la x. Ko yang kalut, belum jentik dah melatah.

  2. Anonymous

    June 11, 2021 at 10:49 pm

    Tumpang tanya sat no, pertubuhan kasih Neelofa ni actually derma orang ramai jugak atau macam mana? Ke memang 200% yg disumbangkan duit Neelofa? Kalau org ramai juga penyumbang, awat Neelofa ja yg dapat nama na?

    • Asiah

      June 12, 2021 at 1:53 am

      Sebab kalau guna nama hang mesti la xde sape nak derma. Hang bukan sapa2 pon. Dah pengurusan neelofa yang tolong urus derma. Hang kaluittt ketiaqq lutuittt pasepaaa. Ha!

Leave a Reply to Semeon Cancel reply

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top