Prihatin Kepada Mangsa COVID-19, Ustaz Ebit Lew Hantar Bantuan Ke Penjara Kedah

Hiburan

Prihatin Kepada Mangsa COVID-19, Ustaz Ebit Lew Hantar Bantuan Ke Penjara Kedah

Terkenal dengan sifat pemurahnya, nama Ustaz Ebit Lew kini mula menjadi perhatian kembali apabila usahanya menyalurkan bantuan percuma ke pihak Penjara Pokok Sena, Kedah dikagumi ramai.

Advertisement

Menerusi sebuah posting yang diamuat naik Ebit di laman Instagramnya, beliau tampil mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima surat rasmi dari Penjara Pokok Sena, Kedah yang meminta bantuan untuk mangsa Covid-19 yang dikuarantin.

Menggunakan kudrat yang ada sebaik mungkin, beliau dikatakan terus bergegas membeli segala barang keperluan serta menguruskan lori untuk menghantar semua barang ke sana dengan segera.

“Syukur selesai dapat belikan keperluan untuk 200 orang. 200 tilam. 200 bantal, tuala dan cadar. Kipas 10 biji. Face shield 2000 pcs. Barang-barang makanan dan barang asas.”

Dalam masa itu, Ebit juga tidak ketinggalan mendoakan kesejahteraan semua pihak dan berharap agar mangsa Covid-19 diberi kesembuhan dan sihat seperti sedia kala.

“Ya Allah selamatkan saudara kami di seluruh Sabah. Selamatkanlah kami semua ya Allah. Semua saudara kami yang sakit sembuhkan. Yang dijangkiti pulihkan. Yang kehilangan keluarga tersayang beri kekuatan kesabaran. Buat warden semua dan petugas negara barisan hadapan disana terus kuat dan diberi kekuatan.”

Terdahulu, sejak dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi, Ebit merupakan antara individu yang tidak putus-putus menyalurkan bantuan kepada insan yang memerlukan. Malah, tindakannya itu juga masih tetap disanjung oleh semua pihak sehingga kini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...