Peguam Tawar Khidmat Guaman Pro Bono Kepada Artis Lokal Yang Terjejas Dengan Aksi The 1975

Hiburan

Peguam Tawar Khidmat Guaman Pro Bono Kepada Artis Lokal Yang Terjejas Dengan Aksi The 1975

Susulan daripada pembatalan serta merta acara festival muzik Good Vibes akibat perbuatan tidak senonoh dan menghina daripada vokalis kumpulan The 1975, firma Managing Partner of Thomas Philip telah menawarkan khidmat guaman secara pro bono kepada artis tempatan yang terjejas.

Mathew Thomas mewakili firma guaman itu memaklumkan bahawa pihaknya bersedia sepenuh hati untuk mewakili artis dan vendor tempatan bagi tindakan undang-undang.

Advertisement
FacebookSumber : Facebook  

Kumpulan The 1975 sepatutnya mematuhi skop kontrak dan mereka tidak sepatutnya ‘memberitahu’ bagaimana mentadbir negara kerana kerajaan mempunyai proses demokratik. Anda bodoh.

Dalam kenyataannya di Facebook, pasukan guaman pro bono itu terdiri daripada Ahmad Iyas Husni, Phoebe Loi dan Nandakumar S Haridas.

Pihak mereka juga dilaporkan akan menyediakan draf kerja tindakan yang mewakili artis dan vendor tempatan terhadap The 1975.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat lanjut yang mungkin mempunyai kaitan dengan saman terhadap The 1975 seperti lokasi aset The 1975, hubungi pasukan pro bono kami.

Terdahulu, vokalis kumpulan muzik antarabangsa itu telah membuat ucapan menghina undang-undang negara berkaitan isu LGBT sebelum mencium pemain bass kumpulan itu.

Berikutan itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Fahmi Fadzil telah mengarahkan pembatalan serta merta penganjuran Festival Good Vibes 2023 yang sepatutnya berakhir akhir hari sejak Jumaat lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Carmen Rose
9 months ago

"Tidak Menggambarkan Pendirian Kami" - 'Drag Queen' Malaysia, Carmen Rose Turut Mengecam Tindakan Vokalis The 1975

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook, Harian Metro

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...