“Pecahlah Mana-Mana Tabung, Kira Siap-Siap” – Teruk Dihina, Keluarga Abang Bas Mahu Saman Selebriti & Netizen

Trending

“Pecahlah Mana-Mana Tabung, Kira Siap-Siap” – Teruk Dihina, Keluarga Abang Bas Mahu Saman Selebriti & Netizen

Sedia maklum, pemandu bas yang dikenali sebagai ‘Abang Bas’ telah dibebaskan selepas diikat jamin keseluruhan sebanyak RM40,000 di Kompleks Mahkamah Muar.

Keluarga Abang Bas mahu ambil tindakan undang-undang

Susulan sudah diikat jamin, keluarga Abang Bas mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap selebriti dan individu yang telah mendakwa hingga menimbulkan syak wasangka serta kecaman daripada netizen terhadap lelaki itu.

Advertisement

abang bas

Peguam secara probono iaitu Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar berkata, tindakan itu akan diambil selepas ahli keluarga serta Abang Bas teruk dikecam oleh netizen susulan kes yang dihadapi.

Diberi peluang untuk mohon maaf

Bagaimanapun, peguam itu memaklumkan individu yang mengecam masih diberi peluang untuk melakukan permohonan maaf kepada keluarga Abang Bas sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan undang-undang.

abang bas

Pecahlah mana-mana tabung yang ada, kira siap-siap, jadi senang nak kira nanti. Selama ditahan, dia dikecam sehebat-hebatnya tanpa belas ihsan.

Dalam pada itu, Ahmad Zaharil memaklumkan pihaknya akan berusaha mendapatkan kembali bas yang dipandu yang kini disita oleh pihak polis.

abang bas bayar ikat jamin dan dibebaskan
3 months ago

Dibebaskan Lepas Bayar Ikat Jamin RM40,000, Keluarga ‘Abang Bas’ Ucap Terima Kasih Pada Semua Yang Derma

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...