Dibebaskan Lepas Bayar Ikat Jamin RM40,000, Keluarga ‘Abang Bas’ Ucap Terima Kasih Pada Semua Yang Derma

Trending

Dibebaskan Lepas Bayar Ikat Jamin RM40,000, Keluarga ‘Abang Bas’ Ucap Terima Kasih Pada Semua Yang Derma

Selepas selesai melunaskan RM40,000 ikat jamin keseluruhan di Kompleks Mahkamah Muar., ‘Abang Bas’ dibebaskan hari ini. Proses membayar ikat jamin dilakukan peguam probono, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar selepas lebih seminggu lelaki itu ditahan di pusat tahanan sementara.

Ahli keluarga pemuda berusia 24 tahun itu turut berada di kompleks mahkamah tersebut dan sebaik sahaja dibebaskan, dia dipeluk erat ibunya yang tidak dapat menahan air mata.

Advertisement

“Alhamdulillah, syukur”, kata ibu ‘Abang Bas’ sambil menangis teresak-esak sebelum ditenangkan oleh ahli keluarga.

abang bas dibebaskan

Sementara itu, bapanya meluahkan rasa syukur kerana proses berjalan lancar serta turut berterima kasih kepada orang ramai yang sanggup menderma sehingga anaknya boleh diikat jamin.

Saya tidak tahu bagaimana hendak membalas jasa mereka. Saya cuma berdoa itu sahaja, kami orang kampung tidak tahu sangat prosedur mahkamah. Saya berdoa semoga dipermudahkan segala urusan anak saya.

Keseluruhan jumlah ikat jamin dikenakan itu membabitkan tiga pertuduhan:

  • Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKKSTKK) 2017
  • Seksyen 15 (a) (iii) akta sama
  • Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Meskipun sudah bebas, dia masih terikat dengan syarat tambahan yang telah ditetapkan iaitu perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap awal bulan dan tidak boleh mengganggu atau berkomunikasi dengan mangsa atau saksi pendakwaan serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.

abang bas didakwa komen pasal crush
4 weeks ago

Gara-Gara Komen ‘Hari Ini Crush Buat Homework’, ‘Abang Bas’ Didakwa Sekali Lagi - “Sabar Din, Keluarga Ada...”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...