Viral di media sosial Twitter baru-baru ini, satu hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Dr. Mohd. Shaiful Nizam yang merupakan seorang Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) di sebuah klinik.
Menerusi hantaran tersebut, Dr. Shaiful telah berkongsi mengenai beberapa kes rujukan Gegendang Telinga pecah atau bocor akibat tabiat suka mengorek telinga.
Menurutnya, antara gejala gegendang telinga pecah atau bocor ialah pesakit akan berasa sakit di telinga, kurang pendengaran serta bunyi berdesing.
Kesemua 3 gejala ini terjadi sebaik sahaja pesakit mengorek tahi telinga menggunakan besi kecil dan putik kapas.
Malah, pesakit itu sendiri mengakui beliau mempunyai tabiat korek telinga sudah agak lama dengan menggunakan putik kapas dan besi.
Jelas Dr. Shaiful, tahi telinga atau earwax (lilin telinga) sebenarnya tidak perlu dikorek. Ia sudah pun mempunyai mekanisma tersendiri tanpa kita sedar melalui kunyahan mulut, pergerakan rahang dan pertumbuhan kulit dalam telinga yang akan menolak keluar secara semula jadi.
4) Menghalang kemasukan serangga-serangga kecil seperti semut, lalat & nyamuk
5) Mengeluarkan kotoran & habuk dalam saluran telinga.Ini antara 5 FUNGSI tahi telinga kita. Sebab itu Doktor2 Pakar ENT MELARANG pesakit2 mereka mengorek telinga.
— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) July 12, 2022
Apabila tahi telinga sentiasa dikorek, secara tidak langsung akan menyebabkan ia tertolak ke bahagian tengah saluran telinga seterusnya akan berkumpul dan tersumbat sekaligus mengakibatkan masalah pendengaran seperti berdesing dan kurang pendengaran.
Lebih parah lagi, ia boleh menyebabkan luka dan radang telinga luar dan tengah dan juga boleh menyebabkan kecederaan pada gegendang telinga.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.