PDRM Sahkan Dolla Ditahan Anggota Polis Sebenar – “Mereka Sedang Buat Rondaan”

Hiburan

PDRM Sahkan Dolla Ditahan Anggota Polis Sebenar – “Mereka Sedang Buat Rondaan”

Sebelum ini, penyanyi kumpulan wanita Malaysia iaitu Dolla mendakwa mereka telah  ditahan oleh tiga individu yang disyaki menyamar sebagai anggota polis selepas selesai membuat latihan menari atau dance rehearsal.

Menerusi hantaran di laman Twitter, Dolla yang terdiri daripada 4 gadis bernama Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya berkata tiga lelaki berkenaan turut mengambil gambar kad pengenalan mereka tanpa kebenaran.

Advertisement

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan memaklumkan ketiga-tiga individu itu adalah anggota polis sebenar.

Mereka sedang membuat pemantauan kegiatan ops pusat hiburan dan rondaan cegah jenayah di kawasan pentadbiran Puchong Jaya.

Menurut A Anbalagan, ketiga-tiga individu berkenaan telah memperkenalkan diri mereka sebagai polis dan menunjukkan kad kuasa sebelum meminta kad pengenalan setiap ahli kumpulan Dolla untuk membuat semakan rekod jenayah.

Tindakan itu diambil selepas mendapati empat wanita itu berada dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan pada 11.30 malam.

Jelasnya lagi, Dolla kemudiannya dibenarkan beredar dari lokasi selepas pemeriksaan polis tidak menemui sebarang kesalahan dilakukan

Dalam pada itu, A Anbalagan berkata Dolla diminta untuk tampil bagi membantu siasatan bagi menentukan sama ada terdapat kesalahan semasa menjalankan tugas.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

Dolla Ditahan 3 Lelaki Mengaku Anggota Polis, Siap Ambil Gambar IC - "Tak Tahu Betul Atau Scam"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...