Dolla Ditahan 3 Lelaki Mengaku Anggota Polis, Siap Ambil Gambar IC – “Tak Tahu Betul Atau Scam”

Hiburan

Dolla Ditahan 3 Lelaki Mengaku Anggota Polis, Siap Ambil Gambar IC – “Tak Tahu Betul Atau Scam”

Baru-baru ini, penyanyi kumpulan wanita Malaysia iaitu Dolla telah mendedahkan kejadian menakutkan yang dilalui oleh mereka selepas melakukan latihan menari atau dance rehearsal pada pukul 11.30 malam, semalam.

Menerusi hantaran di laman Twitter, Dolla yang terdiri daripada 4 gadis bernama Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya berkata mereka telah ditahan oleh 3 orang lelaki menaiki kenderaan jenis Proton berwarna merah.

Advertisement

Difahamkan, ketiga lelaki berkenaan pada mulanya telah menghampiri kenderaan mereka dan bertindak menurunkan tingkap kereta sambil memandang Dolla.

Mereka pandang kami dengan pandangan yang membuatkan kami tidak selesa. Kami sangat takut dan berfikir mereka akan merompak kami.

Selepas berjaya menahan kenderaan dimiliki Dolla, ketiga lelaki berkenaan telah mendakwa bahawa mereka merupakan anggota polis dan mula menyoal siasat.

Bukan itu sahaja, mereka turut meminta kad pengenalan atau IC setiap ahli Dolla dan mengambil gambar kad pengenalan mereka tanpa kebenaran.

Malah, apa yang menimbulkan rasa sangsi apabila Dolla memaklumkan bahawa ketiga lelaki berkenaan tidak memakai uniform dan kenderaan rasmi pihak polis.

Bila Syasya tanya ‘kenapa tiba-tiba nak check kami?‘ mereka kata ‘kenapa tak boleh, kitaorang polis!‘ dengan cara kasar dan menakutkan.

Mujur terdapat sebuah kenderaan yang berhenti berhampiran mereka dan ketiga lelaki berkenaan terus memulangkan IC milik Dolla dan terus beredar dari tempat kejadian tanpa memberi sebarang penjelasan.

Susulan kejadian tersebut, Dolla meminta pendapat pengguna media sosial sama ada apa yang mereka lalui itu adalah benar atau ‘scam‘.

Kalau ada sesiapa yang pernah experience benda ni, please bagitahu.

Dalam pada itu, mereka turut memohon orang ramai agar sentiasa menjaga keselamatan terutama sekali golongan wanita.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

dolla minta jangan judge pemakaian
2 years ago

"Nilai Bakat Bukan Imej.." - Dolla Minta Netizen 'Stop' Kecam Cara Pemakaian Seksi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...