Pelakon Mas Khan khabarnya tidak jadi mendirikan rumah tangga pada tahun ini kerana jodoh yang tidak kesampaian.
Menerusi Instagram Story, Mas Khan menjawab soalan peminat yang bertanyakan mengenai kos rumah terbuka yang dianjurkan pelakon itu baru-baru ini.
Kata Mas, ‘open house’ Hari Raya Aidilfitri dengan konsep mewah yang diadakan itu telah menggunakan wang yang sepatutnya digunakan untuk majlis perkahwinan.
Tahun 2023 adalah tahun perkahwinan saya pada awalnya. Memang dah plan nak buat nikah style garden macam ni tapi nak buat macam mana kita hanya mampu plan tapi Allah yang menentukan tiada jodoh.
View this post on Instagram
Dah tak jadi kahwin apa salahnya spent dekat open house. Ramai juga yang tahu Mas Khan memang jenis nak semua perfect.
Penganjuran rumah terbuka itu dikhabarkan telah mencecah puluhan ribu ringgit dan bertemakan ‘garden’ mewah.
Sekadar info, Mas Khan sebelum ini pernah melamar anak kepada ahli perniagaan terkenal, Diana Nasimuddin pada 18 November 2021 namun putus tidak lama kemudian.
BACA: “Saya Dah 10 Tahun Jadi Pelanggan..” – Kes Kuku Dalam Makanan, Azhar Sulaiman Syak Ada Cuba Sabotaj