Pelakon Adam Shahz meluahkan rasa gembira apabila bekas isterinya, Fatin Afeefa sudi bertolak ansur dan memberikan keizinan untuk bertemu dengan anak perempuan mereka iaitu Ivy Herra Sophia.
Difahamkan, Adam dan Ivy sempat bertemu dan meluangkan masa bersama ketika cuti sekolah yang lalu.
View this post on Instagram
Saya lega nak bandingkan dengans sebelum ni, kalau sebelum ini susah nak jumpa sekarang dah dapat jumpa. Alhamdulillah.
Saya ucapkan terima kasih kepada pihak sebelah sana kerana sudi bertolak ansur dan sekarang ini kami sedang cuba selesaikan perkara lain agar dapat keputusan yang adil untuk kedua-dua belah pihak.
Adam dilaporkan hadir ke mahkamah baru-baru ini bagi pindaan tuntutan bagi mendapatkan hak lawatan dan bermalam bersama anak perempuannya.
Dia juga meluahkan rasa syukur kerana mahkamah membenarkan pindaan tuntutan berkenaan.
Saya tak mahu bertengkar di kemudian hari kerana ini melibatkan anak yang merupakan seorang manusia yang mempunyai jiwa. Saya tak nak perasaan dia berbelah bahagi.
Sementara itu, Fatin Afeefa yang ditemui berkata dia menyerahkan segala proses dan keputusan mengenai hak penjagaan anaknya itu kepada mahkamah.
View this post on Instagram
Semua berjalan lancar tapi selepas ini akan ada prosiding lagi. Hari ini cuma untuk pindaan yang mana mahkamah tentukan pihak Adam nak tukar atau tidak. Saya ikut dan serahkan pada mahkamah saja.
Sekadar info, Adam dan Fatin telah mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 namun bercerai empat tahun kemudian.
Hasil perkongsian hidup, mereka berdua dikurniakan seorang anak perempuan dan Fatin juga mempunyai seorang anak lelaki iaitu Adam Aisy Arrian hasil perkahwinan sebelum Adam.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.