“Tak Tahu Orang Dengki Ke..” – Yasmin Hani Pakai Seksi Sejak Dahulu, Bukan Bipolar Nak Tukar-Tukar

Hiburan

“Tak Tahu Orang Dengki Ke..” – Yasmin Hani Pakai Seksi Sejak Dahulu, Bukan Bipolar Nak Tukar-Tukar

Pelakon Yasmin Hani akhirnya buka mulut mengenai cakap-cakap netizen yang mengutuknya semakin seksi di media sosial.

Kata pelakon jelita ini, dia tidak faham dari mana munculnya kontroversi seperti itu kerana kehidupannya tidak pernah berubah semenjak dari belum bercerai sehinggalah ke hari ini.

Advertisement

Sejak dulu lagi saya pakai baju sama. Orang tak perasan. Bezanya dulu saya pakai baju macam tu, lepas tu saya mendirikan rumah tangga dan kemudian saya bercerai.

Tambah Yasmin, dia bukannya seorang bipolar yang sering bertukar-tukar dan hanya menjadi diri sendiri sahaja.

Saya tak tahu orang dengki ke apa, saya tak tahu. Saya hanya menjadi diri sendiri dan saya sentiasa menjadi orang yang sama. Saya bukan bipolar tukar-tukar. Itu yang saya pelik. Agaknya pemikiran netizen ni makin menjadi-jadi.

Dedah kekasih hati kepada Alif Hadi ini, dia memilih untuk menyekat akaun-akaun media sosial yang sering meninggalkan komen negatif terhadap dirinya.

Sampai bila kan? Mereka ini tidak akan hilang dari dunia. Sama ada kita nak ‘hidup’ dengan mereka, atau ‘hidup’ tanpa mereka.

Ujarnya lagi, dia tidak akan sesekali ‘menangis di bucu katil’ mengenangkan ‘haters’ dan akan sentiasa menghargai mereka yang menyokong perjalanan seninya selama ini.

Mereka yang sokong, saya hargai. Jika tidak, maaf..saya tiada masa nak baca dan menangis di bucu katil.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Kekasih Sha'rin
10 months ago

"Fuhh Lagi Hot!" - Bekas Suami 'Tayang' Kekasih Baru, Ada Yang Kata Seiras Yasmin Hani?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...