Personaliti kesayangan ramai, Nur Fazura dan suami, Fattah Amin sememangnya dikenali dengan sikap mereka yang merendah diri dan disayangi oleh peminat mereka di luar sana.
Baru-baru ini, majalah kekeluargaan NONA ada menghubungi pengawal peribadi selebriti itu iaitu Shahazrin Bin Mohd Sabiruddin atau lebih dikenali sebagai Shah bagi mengetahui dengan lebih lanjut sikap dan peribadi artis yang menjadi idola ramai ini.
Cerita Shah, dia pada mulanya menjadi pengawal peribadi untuk Fattah sebelum diminta menjaga kedua-duanya pada satu acara ABPBH pada tahun 2017. Dan dia terus menjadi individu yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan keduanya sehingga ke hari ini.
Kata Shah, terdapat banyak momen indah dan manis sepanjang menjadi ‘bodyguard’ pasangan ini.
Kalau diminta satu, momen paling manis pastinya ketika event di Johor. Habis event kami semua ke JPO sementara nak tunggu ketibaan flight sebelah malam.
Sampai JPO, Faz ajak semua team masuk satu butik ini. Faz cakap “you all pilih satu barang. Ambil saja apa-apa.” Semua terkejut.
Jelasnya lagi, Fazura dan Fattah memang sangat baik bukan saja terhadap pekerja tetapi juga kepada isteri dan anaknya.
@fazuralotsoflover Replying to @AIN K.O.K.O ada apa2 lagi nak sangkal ke? ??
Fazura menurutnya suka membeli barang-barang ketika keluar ‘shopping’ buat isteri dan anak sehingga Shah juga naik malu mengenangkan perkara itu.
Macam itulah baiknya insan yang bernama Fazura dan Fattah ini. Saya bersyukur dapat bekerja dan mengenali pasangan ini. Padanlah mereka berdua disayangi ramai.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.