“Patut Orang Dah Tahu, Darjat Ibu Kena Lagi Tinggi Dari Sesiapa Pun” – Fizo Omar

Hiburan

“Patut Orang Dah Tahu, Darjat Ibu Kena Lagi Tinggi Dari Sesiapa Pun” – Fizo Omar

Pelakon Fizo Omar memberi peringatan kepada orang ramai untuk meletakkan darjat seorang ibu lebih tinggi daripada orang lain.

Menerusi satu hantaran video TikTok Keluarga.my, Fizo juga menganggap bahawa doa seorang ibu sangatlah mustajab dan sangat rugi jika seseorang itu tidak menjaga mereka dengan baik.

Advertisement

Mengutamakan ibu daripada orang lain

Patut semua orang dah tahu, memang ibu darjat kena tinggikan daripada sesiapa pun. Dia yang paling kita kena utamakan. Siapa yang masih ada ibu, tidak mempergunakan ibunya, dia rugi tau.

Ujarnya lagi, anak-anak boleh menghargai seorang ibu dengan memberikan gaji atau elaun setiap bulan.

Guna itu macam mana? Guna ibu… ibu ini kau boleh bagi gaji bulanan, bagi elaun setiap bulan. Kerja dia apa? Kerja dia doa saja. Kerja dia minta saja, kau nak buat apa-apa hari-hari.

Beritahu saja, hari ini nak keluar, nak buat ini la, busines ini, kerja ini, doa sikit. Doa ibu tak pernah ditolak tau. Kadang-kadang macam saya ini, saya tak hebat, saya pun tak tahu macam mana Allah bagi rezeki pada saya.

Maksud ‘mempergunakan’ ibu

Tampil memberi penjelasan tentang isu ‘mempergunakan’ ibu, Fizo berkata seseorang itu sangat rugi jika tidak menggunakan ibu sebagai senjata doa untuk kehidupan harian.

“Kalau orang yang ada mak, tak gunakan kelebihan seorang ibu, memang rugi sangat. Korang rugi sangat. Bila kita tahu darjat seorang ibu itu di sisi Allah S.W.T baru la kita tahu ‘uish power mak aku ini’. Baru kita sayang dia lebih. Semua nak berjaya kan, nak kaya, nak hebat, nak bahagia, gunalah mak. Mak saja access dengan Allah. Allah yang beri pada kita.” ujarnya lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Sharnaaz
2 months ago

"Aku Rasa Ampa Salah Faham Ni.." - Sharnaaz Ahmad Mohon Netizen Henti Buat Spekulasi Hubungan Cinta Dengan Amelia Christie

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...