“Aku Rasa Ampa Salah Faham Ni..” – Sharnaaz Ahmad Mohon Netizen Henti Buat Spekulasi Hubungan Cinta Dengan Amelia Christie

Hiburan

“Aku Rasa Ampa Salah Faham Ni..” – Sharnaaz  Ahmad Mohon Netizen Henti Buat Spekulasi Hubungan Cinta Dengan Amelia Christie

Pelakon Sharnaaz Ahmad tampil memberi penjelasan terbaru setelah dirinya dikritik gara-gara kenyataan mengenai hubungannya bersama pelakon Amelia Christie.

Sebelum ini, Sharnaaz berkata dia tidak pernah mengiyakan kisah cintanya bersama aktres tersebut selain tidak tahu menahu mengenai isu ‘unfollow’ akaun media sosial masing-masing.

Advertisement

Berikutan itu, Sharnaaz menerima kritikan daripada netizen kerana dia sebelum ini sering membawa Amelia ke mana-mana dan terlihat erat seperti pasangan kekasih.

Aku rasa ampa salah faham ni. Yang aku jawap tu untuk wartawan. Bukan ampa diluar sana. Dari awal pun aku tak pernah iyakan pada wartawan pasal aku dan Amelia. Camana nak kata putus?

Sharnaaz Ahmad

Jadi pada yang tau dan nampak aku dengan Amelia, yang tau tau cukup lah takat tu. Nak canang macam gendang bukan cara aku dah.

Jelas Sharnaaz, wartawan hanya bertanya dan dia cuma menjawab segala persoalan yang ditanya dengan sehabis baik berkenaan isu tersebut.

Dia juga berharap agar segala spekulasi mengenai hubungannya bersama Amelia berhenti setakat itu dan Sharnaaz juga memohon doa yang terbaik daripada peminat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Sharnaaz amelia
5 months ago

"Tak 'Gentle' Mat, Dah Usung Ke Hulu Hilir" - Peminat Tak Puas Hati Sharnaaz Ahmad Tak 'Mengiyakan' Kisah Cinta Dengan Amelia Christie

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...