Melalui laman TikTok pelakon remaja, Puteri Balqis baru-baru ini, dia ada memuat naik mesej-mesejnya bersama ibu tercinta di aplikasi WhatsApp yang telah menarik perhatian ramai.
Dapat dilihat dalam pendedahan mesej-mesej itu, Balqis seperti sedang membalas mesej bersama rakan kerana perkataan ‘gampang’ dan ‘f*ck off’ seakan perkataan biasa buat mereka berdua.
Bahkan, berkomunikasi dengan perkataan kasar seperti sudah biasa buat Balqis kerana ibunya juga akan membalas dengan ayat-ayat ‘keterlaluan’.
Susulan itu, ramai merasakan aktres terbabit bertuah dapat seorang ibu yang boleh dilayan seperti rakan sebaya dan sporting.
Tetapi dalam pada masa yang sama, ada juga beberapa netizen menganggap perkataan yang diguna terlampau biadap.