“Patut Kau Jadi Parent Explain Lah” – Lelaki Mengadu Anak Trauma Duduk Sebelah Pesakit Kronik Dalam ‘Flight’ Raih Perhatian

Kehidupan

“Patut Kau Jadi Parent Explain Lah” – Lelaki Mengadu Anak Trauma Duduk Sebelah Pesakit Kronik Dalam ‘Flight’ Raih Perhatian

Video dimuat naik oleh seorang bapa di TikTok baru-baru ini meraih perhatian ramai dan mengundang pelbagai reaksi warganet.

Menerusi video tersebut, dia menceritakan pengalaman menaiki kapal terbang bersama namun tidak dimaklumkan bahawa tempat duduk mereka bersebelahan dengan pesakit kronik.

Advertisement

Rakaman tersebut telah pun dipadam di akaun TikTok namun telah dimuat naik semula oleh pengguna media sosial yang lain di Instagram.

Berdasarkan video itu, dia berkata anak-anaknya berasa takut dan trauma kerana ia merupakan pertama kali mereka melihat pesakit kronik.

Anak anak jadi sangat takut dan trauma sebab tak pernah tengok orang sakit teruk macam tu depan mata…”

Perkongsiannya itu bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi dan sesetengah netizen di Instagram mengkritiknya kerana merakamkan situasi tersebut.

Ramai yang turut menegurnya dan berkata seharusnya sebagai ibu bapa dia mengambil peluang situasi itu untuk menerangkan serta mendidik anaknya.

Rata-ratanya berkata itulah masa yang sesuai untuk dia mengajar anak sifat empati, ajar untuk mendoakan kesembuhan orang lain atau boleh didik mereka untuk bersyukur kerana sihat tubuh badan.

12 months ago

"Kenapalah Orang Bod*h Beranak Pinak" - Mak Ayah Seronok Beraya, Anak Menangis Ditinggalkan Dalam Kereta Berkunci

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...