“Kenapalah Orang Bod*h Beranak Pinak” – Mak Ayah Seronok Beraya, Anak Menangis Ditinggalkan Dalam Kereta Berkunci

Kehidupan

“Kenapalah Orang Bod*h Beranak Pinak” – Mak Ayah Seronok Beraya, Anak Menangis Ditinggalkan Dalam Kereta Berkunci

Musim raya ni memang boleh dikatakan setiap hujung minggu akan ada jemputan rumah terbuka Aidilfitri untuk dihadiri bersama keluarga.

Namun janganlah pula kerana terlampau teruja mahu berjumpa kawan kawan sampai tergamak abaikan keselamatan anak-anak.

Advertisement

Tular perkongsian seorang individu di Facebook yang menceritakan kejadian di mana dia terserempak dengan dua kanak-kanak yang sedang menangis di dalam kereta.

Menurut cerita Nana Nandos ini, dia terdengar tangisan sepasang kembar yang sedang ketakutan dari dalam sebuah kereta Perodua Aruz yang dikunci dan enjin turut dimatikan.

Kerana risau dan mahu menenangkan kembar tersebut, dia memberikan mereka air kotak dan menunggu dari luar untuk menemani kanak-kanak tersebut.

Selepas 30 minit, barulah dia tahu rupa-rupanya ibu bapa dan nenek kembar tersebut meninggalkan mereka berdua di dalam kereta untuk pergi beraya di rumah terbuka.

Mak dia buat bodoh je, muka tak bersalah. Raya tu raya juga tapi anak anak tu amanah kita. Kira bagus aku tak report polis.”

 

Hantaran tersebut meraih perhatian ramai warganet terutamanya golongan ibu bapa yang mengecam tindakan itu kerana membahayakan anak-anak apatah lagi sekarang sedang musim panas.

Dalam pada itu, ramai yang turut mencadangkan agar Nana membuat laporan polis agar kedua ibu bapa dan nenek kembar tersebut didakwa atas kesalahan mengabaikan anak.

orang luar breastfeed anak
12 months ago

"Beri Alasan Anak Saya Tak Henti Nangis" - Ibu Sibuk Buat Persiapan Majlis Aqiqah, Orang Luar Selamba 'Breastfeed' Anak Tanpa Izin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...